CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 8 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.
Terima kasih kepada para penggemar orkid yang sudi singgah di blog saya yang serba kekurangan ini. Rasa-2 nya sudah lama kita tidak berinteraksi di laman ini. Kali ini saya ada beberapa spesies orkid yang baru untuk dikongsikan dengan rakan-rakan penggemar orkid sekalian.
Sudi-sudilah meninjau ye...biasa-biasa je..









Orkid spesies ini saya beli di Cameron Highlands,inilah kali pertama ia berbunga. Tapi sayangnya, saya tidak mengetahui nama orkid spesies ini.






Orkid ini pula, kata adik asli yang menjualnya, namanya orkid emas, entah ya entah tidak, tak tahu lah nama sebenarnya. Kalau ada penggemar-penggemar orkid yang mengetahui spesies ini boleh lah kita berkongsi di sini. Mungkin juga kerana bulu-bulu halus pada batang dan daunnya yang berwarna keemas-emasan. Apabila berbunga inilah hasilnya. Uniknya, bunganya bercambah pada batangnya.







Orkid ini pula saya beli di sebuah nurseri di Raub dan inilah kali pertama orkid ini mengeluarkan bunga. Apa yang menariknya, bunga orkid ini berbentuk seperti kasut baby yang comel berwarna hijau. Kalau tak silap saya,orkid ini dari spesies catasetum.

3 comments:

Hexagon Green Biotech Sdn Bhd said...

salam sejahtera..saya muhaimin dari hexagon green biotech sdn bhd..kami mengusahakan ladang orkid seluas 10 ekar di banting, selangor. orkid kami daripada spesis dendrobium, mokara, aranda, vanda, aranthera, renanthera dan phalaenopsis.kami menjual anak pokok,keratan bunga,bouquet,corsage dan bunga orkid cerai dalam skala yg besar. jika berminat, kami boleh berikan katalog untuk dirujuk..boleh hubungi muhaimin (0193727419)atau muhaimin_biotech@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan..terima kasih

abiom said...

salam, bunga yg pertama tu mcm Eria javanica. Yg emas tu Trichotosia sp

Fauziah Ibrahim said...

terima kasih Hexagon Green Biotech Sdn Bhd dan abiom kerana sudi singgah di blog saya yang serba kekurangan ini..