CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 20 December 2011

Orkid Lagi :)


Assalamualaikum dalam salam sejahtera kepada para pengunjung sekalian. 
Hari ini saya ingin menceritakan mengenai koleksi orkid terbaru saya :) Kali ini orkid dari spesies Phalaenopsis pula yang terpilih untuk mendiami rumah orkid saya. Orkid ini saya peroleh daripada kenalan anak saya, dan yang pasti orkid ini juga diperoleh di Cameron Highlands. Jum kita intai...






Phalaenopsis yang sedang berkembang mekar. Cantik, kann ?

Ini pula Phalaenopsis yang masih belum berkembang.
Selain dari Phalaenopsis yang sedang berkembang dengan cantik itu, ada lagi orkid milik saya yang sedang berkembang dengan cantik sekali. Malangnya saya tak tahu nama dan spesies orkid tersebut. Bunga yang dikeluarkan berwarna putih dan merah jambu serta berbentuk bintang. Jadi, kepada sesiapa yang tahu spesies orkid ini boleh lah kita berkongsi-kongsi ilmu di sini :)



Orkid ini mengeluarkan dua kuntum bunga yang sangat cantik.
Nampaknya sampai disini sahaja saya berceloteh mengenai orkid-orkid.Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang dengan spesies orkid-orkid yang terbaru di samping saling berkongsi ilmu dan pengetahuan orkid. Insya-Allah :)

Thursday 8 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.
Terima kasih kepada para penggemar orkid yang sudi singgah di blog saya yang serba kekurangan ini. Rasa-2 nya sudah lama kita tidak berinteraksi di laman ini. Kali ini saya ada beberapa spesies orkid yang baru untuk dikongsikan dengan rakan-rakan penggemar orkid sekalian.
Sudi-sudilah meninjau ye...biasa-biasa je..









Orkid spesies ini saya beli di Cameron Highlands,inilah kali pertama ia berbunga. Tapi sayangnya, saya tidak mengetahui nama orkid spesies ini.






Orkid ini pula, kata adik asli yang menjualnya, namanya orkid emas, entah ya entah tidak, tak tahu lah nama sebenarnya. Kalau ada penggemar-penggemar orkid yang mengetahui spesies ini boleh lah kita berkongsi di sini. Mungkin juga kerana bulu-bulu halus pada batang dan daunnya yang berwarna keemas-emasan. Apabila berbunga inilah hasilnya. Uniknya, bunganya bercambah pada batangnya.







Orkid ini pula saya beli di sebuah nurseri di Raub dan inilah kali pertama orkid ini mengeluarkan bunga. Apa yang menariknya, bunga orkid ini berbentuk seperti kasut baby yang comel berwarna hijau. Kalau tak silap saya,orkid ini dari spesies catasetum.