CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 15 June 2011


Koleksi terbaru (tak tau nama)

Orkid spesis ini baru sahaja saya ambil di atas pokok rambutan tua di belakang rumah ibu saya. Semasa dijumpai orkid ini hanya mempunyai tangkai dan kuntum yang belum berkembang. Setelah dipindahkan ke atas pokok mempelam di depan rumah saya, bunganya berkembang tetapi bersaiz kecil. Inilah hasilnya......










So, diharap pada otai-otai orkid yang kebetulan singgah dan mengenali ID orkid ni, boleh la berkongsi maklumat mengenainya.. itu saja untuk kali ini... =)

Thursday 2 June 2011

orkid lagi.



Dendrobium crumenatum


Orkid yang mempunyai  bunga berwarna putih ini, merupakan orkid dari jenis dendrobium crumenatum atau lebih dikenali dengan nama orkid merpati. Melihatkan kesuburan dan rimbunan bunganya yang lebat, ramai yang tidak menyangka bahawa orkid ini saya dapati daripada dahan pokok langsat yang sudah mati, dan bukannya dibeli di mana-mana. Antara pelbagai koleksi tanaman orkid yang saya miliki, orkid merpati ini adalah salah satu jenis orkid yang mudah dijaga dan sangat rajin mengeluarkan bunga yang banyak dan cantik. 



Dendrobium Horn Type


Orkid Dendrobium Horn Type ini dari jenis hibrid dan lebih dikenali sebagai orkid tanduk di kalangan penggemar. Buat pengetahuan anda, orkid tanduk  milik saya kini sedang giat mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan unik..  =)


Grammatophyllum speciousum (1)


Orkid Grammatophyllum speciousum merupakan orkid spesis yang dikenali sebagai orkid harimau dan lazimnya ditemui di dalam hutan. Orkid ini menghasilkan bunga yang lebat dan cantik. Namun, sejak memilikinya enam tahun dahulu, orkid harimau milik saya ini tidak pernah berbunga. Dan saya masih sabar menanti.........
Grammatophyllum speciousum (2)


Ini merupakan orkid harimau kedua milik saya. Tanaman ini pernah menghasilkan bunga suatu ketika dahulu. Namun setelah 'dipecahkan' anaknya, ia tidak lagi berbunga. Mungkin ia merajuk...

Grammatophyllum speciousum (3)


Ini merupakan orkid harimau saya yang baru dipasukan semula.