CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 20 December 2011

Orkid Lagi :)


Assalamualaikum dalam salam sejahtera kepada para pengunjung sekalian. 
Hari ini saya ingin menceritakan mengenai koleksi orkid terbaru saya :) Kali ini orkid dari spesies Phalaenopsis pula yang terpilih untuk mendiami rumah orkid saya. Orkid ini saya peroleh daripada kenalan anak saya, dan yang pasti orkid ini juga diperoleh di Cameron Highlands. Jum kita intai...






Phalaenopsis yang sedang berkembang mekar. Cantik, kann ?

Ini pula Phalaenopsis yang masih belum berkembang.
Selain dari Phalaenopsis yang sedang berkembang dengan cantik itu, ada lagi orkid milik saya yang sedang berkembang dengan cantik sekali. Malangnya saya tak tahu nama dan spesies orkid tersebut. Bunga yang dikeluarkan berwarna putih dan merah jambu serta berbentuk bintang. Jadi, kepada sesiapa yang tahu spesies orkid ini boleh lah kita berkongsi-kongsi ilmu di sini :)



Orkid ini mengeluarkan dua kuntum bunga yang sangat cantik.
Nampaknya sampai disini sahaja saya berceloteh mengenai orkid-orkid.Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang dengan spesies orkid-orkid yang terbaru di samping saling berkongsi ilmu dan pengetahuan orkid. Insya-Allah :)

Thursday 8 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.
Terima kasih kepada para penggemar orkid yang sudi singgah di blog saya yang serba kekurangan ini. Rasa-2 nya sudah lama kita tidak berinteraksi di laman ini. Kali ini saya ada beberapa spesies orkid yang baru untuk dikongsikan dengan rakan-rakan penggemar orkid sekalian.
Sudi-sudilah meninjau ye...biasa-biasa je..









Orkid spesies ini saya beli di Cameron Highlands,inilah kali pertama ia berbunga. Tapi sayangnya, saya tidak mengetahui nama orkid spesies ini.






Orkid ini pula, kata adik asli yang menjualnya, namanya orkid emas, entah ya entah tidak, tak tahu lah nama sebenarnya. Kalau ada penggemar-penggemar orkid yang mengetahui spesies ini boleh lah kita berkongsi di sini. Mungkin juga kerana bulu-bulu halus pada batang dan daunnya yang berwarna keemas-emasan. Apabila berbunga inilah hasilnya. Uniknya, bunganya bercambah pada batangnya.







Orkid ini pula saya beli di sebuah nurseri di Raub dan inilah kali pertama orkid ini mengeluarkan bunga. Apa yang menariknya, bunga orkid ini berbentuk seperti kasut baby yang comel berwarna hijau. Kalau tak silap saya,orkid ini dari spesies catasetum.

Thursday 25 August 2011

"Si cantik Bulbophyllum"

Seingat saya, inilah kali pertama saya mengemaskini blog saya dalam bulan Ramadhan ini. Bukan apa, saya terlalu sibuk menguruskan keluarga dan rumahtangga sehingga membataskan masa saya untuk berkisah mengenai orkid. Kali ini, saya akan berkongsi mengenai koleksi terbaru saya iaitu orkid spesis Bulbophyllum. Orkid ini saya beli di Cameron Highland.


Semasa dibeli, orkid ini mengandungi beberapa kuntum yang belum mekar. Bunganya cantik berwarna putih kekuningan dan bersaiz sederhana. Jadi pembaca semua boleh melihat dan menilai sendiri keindahannya..  :)










Friday 8 July 2011

Kembara mencari orkid =)

Baru-baru ini saya berpeluang 'melayan' hobi dengan meredah kampung untuk mencari orkid-orkid spesis. Kebetulan anak bujang saya sedang bercuti semester, jadi dia telah menemani dan membantu saya menjalankan misi tersebut. Hasilnya kami telah berjaya menemukan dua rumpun orkid cymbidium yang menumpang pada pokok getah tua. Setelah bertungkus-lumus memanjat, inilah hasilnya.....=)



Rumpun cymbidium yang belum berbunga ketika diambil





Rumpun yang sedang berbunga ketika dijumpai... =)

Si comel dari Cameron

Orkid spesis ini dibeli di tepi jalan di Cameron semasa dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak saudara di Kelantan. Setakat ini saya masih tidak mengetahui ID orkid ini. Jika ada sesiapa yang mengetahui ID orkid ini bolehlah berkongsi dengan saya dan pembaca yang lain. Apa yang menggembirakan saya, walaupun baru ditanam, orkid comel ini telah mengeluarkan bunga dalam masa yang singkat. Bunganya kecil, lebat dan cantik..



Kuntuman bunga yang belum berkembang





Inilah rupanya ketika sedang berkembang.. =)

Wednesday 15 June 2011


Koleksi terbaru (tak tau nama)

Orkid spesis ini baru sahaja saya ambil di atas pokok rambutan tua di belakang rumah ibu saya. Semasa dijumpai orkid ini hanya mempunyai tangkai dan kuntum yang belum berkembang. Setelah dipindahkan ke atas pokok mempelam di depan rumah saya, bunganya berkembang tetapi bersaiz kecil. Inilah hasilnya......










So, diharap pada otai-otai orkid yang kebetulan singgah dan mengenali ID orkid ni, boleh la berkongsi maklumat mengenainya.. itu saja untuk kali ini... =)

Thursday 2 June 2011

orkid lagi.



Dendrobium crumenatum


Orkid yang mempunyai  bunga berwarna putih ini, merupakan orkid dari jenis dendrobium crumenatum atau lebih dikenali dengan nama orkid merpati. Melihatkan kesuburan dan rimbunan bunganya yang lebat, ramai yang tidak menyangka bahawa orkid ini saya dapati daripada dahan pokok langsat yang sudah mati, dan bukannya dibeli di mana-mana. Antara pelbagai koleksi tanaman orkid yang saya miliki, orkid merpati ini adalah salah satu jenis orkid yang mudah dijaga dan sangat rajin mengeluarkan bunga yang banyak dan cantik. 



Dendrobium Horn Type


Orkid Dendrobium Horn Type ini dari jenis hibrid dan lebih dikenali sebagai orkid tanduk di kalangan penggemar. Buat pengetahuan anda, orkid tanduk  milik saya kini sedang giat mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan unik..  =)


Grammatophyllum speciousum (1)


Orkid Grammatophyllum speciousum merupakan orkid spesis yang dikenali sebagai orkid harimau dan lazimnya ditemui di dalam hutan. Orkid ini menghasilkan bunga yang lebat dan cantik. Namun, sejak memilikinya enam tahun dahulu, orkid harimau milik saya ini tidak pernah berbunga. Dan saya masih sabar menanti.........
Grammatophyllum speciousum (2)


Ini merupakan orkid harimau kedua milik saya. Tanaman ini pernah menghasilkan bunga suatu ketika dahulu. Namun setelah 'dipecahkan' anaknya, ia tidak lagi berbunga. Mungkin ia merajuk...

Grammatophyllum speciousum (3)


Ini merupakan orkid harimau saya yang baru dipasukan semula.  

Monday 30 May 2011

koleksi terbaru.

Assalamuailakum..
Syukur alhamdulillah, kesabaran saya selama ini terbayar jugak. Setelah sekian lama menunggu, dendrobium farmeri 'pink' saya telah mengeluarkan rimbunan bunga yang sangat cantik. Bagi saya inilah kepuasan sebenar kerana segala usaha dan komitmen saya telah membuahkan hasil.

   Percaya atau tidak, jika saya katakan bahawa 'rahsia' di sebalik penghasilan bunga yang cantik dan lebat ini adalah disebabkan penggunaan 'Beneficial Indigenous Microorganism'  atau ringkasannya BIM.

   Setelah lebih 3 bulan menggunakan bahan ini, pokok orkid saya bukan saja semakin subur malah menghasilkan anak yang banyak. Bukan itu saja, dedaun orkid yang dulunya kekuningan kini segar menghijau. Saya amat yakin, melalui penggunaan BIM secara berterusan, tanaman orkid saya akan lebih sihat dan cantik.


 
dendrobium farmeri 'pink'




arachnis flosaeris a.k.a orkid labah labah / orkid kala




dendrobium black spider


arundina a.k.a bamboo orchid



anosmum



golden shower orchid
 
rasa nya cukup dah kot setakat nie:) nanti kita intai lagi ye..

Orkid, terapi jiwa.

Assalamualaikum...
terima kasih kerana sudi singgah di blog saya
Saya merupakan salah seorang daripada ribuan penggemar tanaman orkid.
Justeru atas rasa kecintaan itu maka lahirlah "Rimbunan orkid". Saya ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang minat saya mengenai tumbuhan unik ini.. Pada asalnya, saya mengumpul tanaman ini hanya untuk suka-suka dan sebagai hiasan sahaja. Namun lama-kelamaan saya jatuh hati dan nekad untuk menjadikannya sebagai hobi. Bagi saya orkid adalah terapi. Ya, terapi yang membuatkan saya tenang, memberi semangat jika saya menghadapi masalah dan juga menjadi 'teman berbual' bila bersendirian di rumah.

 Sebagai suri rumah sepenuh masa, hobi mengumpul dan menjaga tanaman orkid ini agak terbatas kerana harganya agak mahal. Oleh sebab itu kebanyakan orkid milik saya terdiri dari jenis orkid spesis yang mudah didapati di persekitaran kampung tempat saya tinggal. Walaubagaimanpun, saya juga ada membeli orkid hibrid dan turut bertukar-tukar dengan rakan yang berkongsi hobi. :)

orkid harimau @ grammatophyllum

dendrobium anosmum

cymbidium