CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 5 February 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Ini merupakan penampilan pertama saya untuk tahun 2012 di laman Rimbunan Orkid ini. Bukan apa, cuma tiada bahan baru untuk diceritakan dan dikongsi dengan para peminat orkid kerana semua koleksi orkid datangnya dari koleksi saya sendiri yang serba kekurangan. Kali ini saya tertarik untuk berkongsi beberapa koleksi orkid saya yang sedang berbunga.




Ini merupakan kali pertama orkid selipar pemberian abang ipar saya ini mengeluarkan bunganya.





Ini pula orkid hutan yang saya tidak tahu ID nya. Orkid ini saya dapat di Cameron Highlands. Apa yang menariknya, orkid ini tidak mempunyai daun dan bunganya berwarna kuning cair. Kepada kawan-kawan yang mengetahui ID orkid ini, dapatlah kiranya kita berkongsi pengetahuan di ruangan ini.






Seterusnya, orkid hutan ini juga saya dapat di Cameron Highlands. Namun begitu, saya juga tidak dapat mengenalpasti ID orkid hutan ini. Orkid ini mengeluarkan bunga-bunga putih. 

Rasanya, setakat ini dululah untuk kali ini. Insya-Allah saya akan mengemaskini blog saya ini dengan koleksi-koleksi yang lain pula..

Tuesday 20 December 2011

Orkid Lagi :)


Assalamualaikum dalam salam sejahtera kepada para pengunjung sekalian. 
Hari ini saya ingin menceritakan mengenai koleksi orkid terbaru saya :) Kali ini orkid dari spesies Phalaenopsis pula yang terpilih untuk mendiami rumah orkid saya. Orkid ini saya peroleh daripada kenalan anak saya, dan yang pasti orkid ini juga diperoleh di Cameron Highlands. Jum kita intai...






Phalaenopsis yang sedang berkembang mekar. Cantik, kann ?

Ini pula Phalaenopsis yang masih belum berkembang.
Selain dari Phalaenopsis yang sedang berkembang dengan cantik itu, ada lagi orkid milik saya yang sedang berkembang dengan cantik sekali. Malangnya saya tak tahu nama dan spesies orkid tersebut. Bunga yang dikeluarkan berwarna putih dan merah jambu serta berbentuk bintang. Jadi, kepada sesiapa yang tahu spesies orkid ini boleh lah kita berkongsi-kongsi ilmu di sini :)



Orkid ini mengeluarkan dua kuntum bunga yang sangat cantik.
Nampaknya sampai disini sahaja saya berceloteh mengenai orkid-orkid.Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang dengan spesies orkid-orkid yang terbaru di samping saling berkongsi ilmu dan pengetahuan orkid. Insya-Allah :)

Thursday 8 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.
Terima kasih kepada para penggemar orkid yang sudi singgah di blog saya yang serba kekurangan ini. Rasa-2 nya sudah lama kita tidak berinteraksi di laman ini. Kali ini saya ada beberapa spesies orkid yang baru untuk dikongsikan dengan rakan-rakan penggemar orkid sekalian.
Sudi-sudilah meninjau ye...biasa-biasa je..









Orkid spesies ini saya beli di Cameron Highlands,inilah kali pertama ia berbunga. Tapi sayangnya, saya tidak mengetahui nama orkid spesies ini.






Orkid ini pula, kata adik asli yang menjualnya, namanya orkid emas, entah ya entah tidak, tak tahu lah nama sebenarnya. Kalau ada penggemar-penggemar orkid yang mengetahui spesies ini boleh lah kita berkongsi di sini. Mungkin juga kerana bulu-bulu halus pada batang dan daunnya yang berwarna keemas-emasan. Apabila berbunga inilah hasilnya. Uniknya, bunganya bercambah pada batangnya.







Orkid ini pula saya beli di sebuah nurseri di Raub dan inilah kali pertama orkid ini mengeluarkan bunga. Apa yang menariknya, bunga orkid ini berbentuk seperti kasut baby yang comel berwarna hijau. Kalau tak silap saya,orkid ini dari spesies catasetum.

Thursday 25 August 2011

"Si cantik Bulbophyllum"

Seingat saya, inilah kali pertama saya mengemaskini blog saya dalam bulan Ramadhan ini. Bukan apa, saya terlalu sibuk menguruskan keluarga dan rumahtangga sehingga membataskan masa saya untuk berkisah mengenai orkid. Kali ini, saya akan berkongsi mengenai koleksi terbaru saya iaitu orkid spesis Bulbophyllum. Orkid ini saya beli di Cameron Highland.


Semasa dibeli, orkid ini mengandungi beberapa kuntum yang belum mekar. Bunganya cantik berwarna putih kekuningan dan bersaiz sederhana. Jadi pembaca semua boleh melihat dan menilai sendiri keindahannya..  :)










Friday 8 July 2011

Kembara mencari orkid =)

Baru-baru ini saya berpeluang 'melayan' hobi dengan meredah kampung untuk mencari orkid-orkid spesis. Kebetulan anak bujang saya sedang bercuti semester, jadi dia telah menemani dan membantu saya menjalankan misi tersebut. Hasilnya kami telah berjaya menemukan dua rumpun orkid cymbidium yang menumpang pada pokok getah tua. Setelah bertungkus-lumus memanjat, inilah hasilnya.....=)



Rumpun cymbidium yang belum berbunga ketika diambil





Rumpun yang sedang berbunga ketika dijumpai... =)

Si comel dari Cameron

Orkid spesis ini dibeli di tepi jalan di Cameron semasa dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak saudara di Kelantan. Setakat ini saya masih tidak mengetahui ID orkid ini. Jika ada sesiapa yang mengetahui ID orkid ini bolehlah berkongsi dengan saya dan pembaca yang lain. Apa yang menggembirakan saya, walaupun baru ditanam, orkid comel ini telah mengeluarkan bunga dalam masa yang singkat. Bunganya kecil, lebat dan cantik..



Kuntuman bunga yang belum berkembang





Inilah rupanya ketika sedang berkembang.. =)

Wednesday 15 June 2011


Koleksi terbaru (tak tau nama)

Orkid spesis ini baru sahaja saya ambil di atas pokok rambutan tua di belakang rumah ibu saya. Semasa dijumpai orkid ini hanya mempunyai tangkai dan kuntum yang belum berkembang. Setelah dipindahkan ke atas pokok mempelam di depan rumah saya, bunganya berkembang tetapi bersaiz kecil. Inilah hasilnya......










So, diharap pada otai-otai orkid yang kebetulan singgah dan mengenali ID orkid ni, boleh la berkongsi maklumat mengenainya.. itu saja untuk kali ini... =)